Notis PDPA — JomTrip
Kemaskini terakhir: 10 September 2026
1. Pengenalan
JomTrip ("kami") dikendalikan bersama oleh Fitweb Solutions dan Affanpay Sdn Bhd. Notis ini disediakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) untuk menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda apabila anda menggunakan borang permintaan homestay di laman ini.
2. Data Peribadi Yang Dikumpul
Apabila anda menghantar permintaan melalui laman ini, kami mengumpul: nama penuh, nombor telefon, alamat emel, destinasi percutian, tarikh check-in/check-out, bilangan tetamu (dewasa dan kanak-kanak), serta sebarang catatan tambahan yang anda berikan secara sukarela.
3. Tujuan Pemprosesan
Data peribadi anda digunakan semata-mata untuk: (a) memadankan anda dengan homestay yang sesuai daripada rangkaian TamuStay, (b) menghubungi anda berkaitan permintaan tersebut, dan (c) penambahbaikan perkhidmatan kami secara umum.
4. Pendedahan Data
Data anda mungkin dikongsi dengan homestay/host berkenaan dalam rangkaian TamuStay, semata-mata untuk memenuhi permintaan anda. Kami tidak menjual atau menyewa data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran tanpa kebenaran anda.
5. Keselamatan Data
Kami mengambil langkah teknikal dan pentadbiran yang munasabah bagi melindungi data peribadi anda daripada akses, penggunaan atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
6. Hak Anda
Anda berhak untuk mengakses, membetulkan, atau meminta pembuangan data peribadi anda, serta menarik balik persetujuan penggunaan data anda pada bila-bila masa, dengan menghubungi kami menggunakan butiran di bawah.
7. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan notis PDPA ini atau data peribadi anda, sila hubungi kami di 019-304 0898 atau layari halaman Hubungi Kami.